Sunday, 11 June 2017

Pantun Asmara Hang Tuah di Puncak Gunung Ledang

Pantun Pembukaan Dari Hang Tuah

Biji nangka tepi permatang,
Buah berangan rasanya lazat,
Dari melaka hamba datang,
Datang dengan seribu hajat.

Dijawab Tuan Puteri Gunung Ledang

Dari pagoh ke kota Melaka,
Bawa pandan bersama lokan,
Jika sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan hamba serahkan.

Pantun HangTuah Mula Membalas

Bawa pandan bersama lokan,
Serta pulut bersama halua,
Jika badan dinda serahkan,
Tidakkah takut berbadan dua.

Balasan Pantun Tuan Puteri

Berisi pulut berserta halua,
Bekal untuk kawan bersenam,
Jika dinda berbadan dua,
Pandai sungguh tuah menanam.

Jawapan Hang Tuah

Bekal untuk teman bersenam,
Buat sarapan suami isteri,
Bukan tak pandai bercucuk tanam,
Tapi tentu sultan murkai.



selesai mendengar pantun terakhir ini, tuan puteri sangat kecewa dan merajuk lari ke hutan hingga hati ini..

Sunday, 12 January 2014


BERHENTILAH BERHARAP PADA YANG TAK PEDULI

Berharap untuk memiliki seseorang yang tidak mungkin kita milki..
Adalah sebuah harapan penuh sia-sia

Mencintai seseorang yang sudah tidak mencintai kita..
Adalah satu penyeksaan

Berharap seseorang yang sudah tidak peduli kepada kita..
Adalah sebuah penantian yang tiada berguna.

Memikirkan seseorang yang tidak mahu mengerti perasaan kita..
Hanyalah menghabiskan banyak waktu terbuang percuma.

Ada baiknya..

Segeralah berusaha untuk melupakan itu semua.
Tak perlu kita larut terlalu lama dalam perkara sia-sia.

Kerana kalau tidak.
Maka hati kitalah yang akan terus terseksa.

Tetaplah melangkah ke depan.
Jangan biarkan hidup kita sia-sia.
Kerana disana masa depan telah menunggu kita.
Masa depan yang ceria penuh bahagia...


CINTAILAH ALLAH SWT & RASULULLAH MELEBIHI YG LAIN..:)

Sunday, 5 January 2014


Rasa cinta


Antara dua jiwa

Yg mempunyai 

Sayap asmara.

yang tidak mampu

Melukiskn dengan kata2.

Cinta 2 langit yg 

X pnghujung

Laut yg tak bertepi.

Bahagia bagi

yang dilamun cinta

Hingga tenggelam dalam kehidupan.dalam

Lamunan cinta.


Cnta itu adalah harapan..walaupun bagai laut x bertepi..langit x berpenghujung..namun ia cube

untuk 

ketepian..menggapai bintang dihujung langit..agar dapat dimiliki..


namun..beringatlah..

sebesarmana pun cinta itu..


tidak sama sekali ia melebihi cinta kepada yang Empunya


isi alam ini...



Wednesday, 11 December 2013

SELOKA HATI

Lambung hati ini
Lambung tinggi-tinggi
Bila jatuh nanti
Biar berkecai tanpa nadi

Sepak hati ini
Sepak laju-laju
Bila jauh nanti
Biar berparut luka seribu

Koyak hati ini
Koyak banyak-banyak
Bila hancur nanti
Biar pilu berteman sebak

Campak hati ini
Campak jauh-jauh
Bila hilang nanti
Biar menangis jangan mengeluh

Kisar hati ini
Kisar lumat-lumat
Bila hancur nanti
Biar memori kita ingat

Yaa...aku masih disudut itu,memerhati dan terus memerhati...

Thursday, 24 October 2013

Allah...Allah...Allah...

Hanya engkau yang Maha Mengetahui isi hati ku hambaMu yang lemah...
Dengan ujian yang engkau kurniakan ini..aku redha Ya Allah...walau terasa tidak terdaya..
ku mohon kekuatan dariMu..kerana hati ini milikmu Ya Allah....